Assalamualikum syg ummie n abie...
INISIATIF & KREATIF UNTUk BERSEDEKAH
1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya di saat solat (amalan biasa di masjid2 arab mekah & madinah).
2. Inisiatif - sedekah :
Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..
3. Inisiatif - sedekah :
Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
4. Inisiatif - sedekah :
Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.
5. Inisiatif - sedekah :
Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedlmnya. Genap 1 bln, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
6. Inisiatif - sedekah :
Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga, kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
7. Inisiatif - sedekah :
Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
8. Inisiatif - sedekah :
Belilah mushaf (Al Qur'an) dan letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
9. Inisiatif - sedekah :
Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
10. Inisiatif - sedekah :
Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
11. Inisiatif - sedekah :
Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
12. Inisaitif sedekah -
Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal...
Anak2 ummie, jadikan sedekah ni amalan kita untuk kumpul pahala n bawak kita ke jln yg benar,yg tiada halangannya utk kite kita bertemu di syurga Allah ye syg....
No comments:
Post a Comment