Tuesday, January 26, 2016

PESANAN UNTUK KU

Pesanan untuk mereka yang telah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat ,dikongsikan oleh Noor Laila Aniza Binti Zakaria di fesbuknya . Untuk tatapan semua , Disini sedikit perkongsian dari beliau . Semoga bermanfaat
.
1) Alhamdulillah…saya ingin katakan…bersangka baiklah pada Allah..bersangka baiklah pada Allah…bersangka baiklah pada Allah…
.
2) Allah Maha Baik….
.
3) Buatlah sujud syukur(google cara buat sujud syukur)& syukurlah kerana masih belum diberikan anak. Nabi pesan formula untuk ditambahkan nikmat adalah “Bilamana kamu diberikan nikmat yang sedikit, kamu bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat itu”
.
4) Mengapa Dia masih belum beri anak? Jangan membuat jawapan-jawapan sendiri. Tapi jawapannya hanya satu-KERANA DIA MAHA BAIK!
.
5) Jangan fokus kenapa masih tak diberikan anak, tetapi fokuslah untuk hidup dalam sentiasa memuji Allah tanpa henti 24jam/7 hari/siang malam
.
6) Buang semua perasaan sedih
.
7) Berlapang dada & senyum selalu
Jadilah insan paling bahagia tanpa anak..Kerana itu kehendak Allah yang menciptakan kita~Siapa kita untuk melawan kehendak Allah?
.
9) Atas segala usaha & doa,DIA masih memilih kita untuk tidak dikurniakan anak. Sungguh DIA MAHA TAHU apa yang terbaik buat kita pada saat & ketika ini
.
10) Usah kita bimbang dan risau hidup tanpa zuriat, atau putus keturunan

11) Usah merungut mengapa sampai sekarang belum dapat anak kerana itu bermakna kita komplen Allah
.
12) Teruskan usaha bersungguh-sungguh & jangan jemu selagi kita mampu & mahu
.
13) Tiap kali ‘bersama’, ‘bersama’ dengan penuh rasa ghairah & cinta, bersungguh-sungguh dari hati untuk cari redho Allah & doa & yakin Allah akan beri zuriat dari ‘hubungan’ ini.TIAP-TIAP KALI BUKAN PADA WAKTU SUBUR SAHAJA. Sungguh kita tidak tahu, bila Allah mengatakan ‘kun faya kun..’
.
14) Usah ‘bersama’ dalam keadaan tidak ada semangat atau bersama dalam keadaan putus asa dan anggap kita takkan dapat anak pun sebab dah banyak kali cuba..Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya..begitu kita sangka, begitulah hasilnya. Teruskan mencipta sangkaan-sangkaan yang baik
.
15) Untuk seorang isteri, berbahagialah kerana isteri-isteri Nabi juga tidak memberikan Rasulullah ank kecuali Saidatina Khadijah & Mariah.
.
16) Jangan salah menyalahkan pasangan. Jika kita mahu hidup dengannya, teruskan dengan redho, hormati & sayangi dia. Jika tidak mahu lagi bersama, kita berbincang & cari jalan yang disepakati.
.
17) Banyakkan istighfar dan melakukan solat taubat kerana dengan taubat, Allah ampunkan dosa kita , angkat darjat kita dan luaskan rezeki kita
.
18) Banyakkan sedekah kerana dengan sedekah menyucikan jasad dan hati dan membuka luas ruang-ruang rezeki yang tidak disangka-disangka
.
19) Puji Allah sentiasa & syukur banyak-banyak kerana tidak diberikan anak pada waktu ini
Syukur bererti kita menerima dengan lapang dada, kita senyum dan rasa bahagia kerana kita tahu Allah memperlakukan kita dengan sangat baik
.
20) Suami & isteri kena satu fikir. Tiap kali bangun pagi, sama-sama ucapkan, “kita akan dapat anak kandung tahun depan 2014” .Ucap tiap-tiap hari dengan tarik nafas, senyum dan yakin
.
21) Tuliskan di atas kertas besar dan lekat pada dinding atau mana-mana kawasan yang senang untuk kita lihat -tulis “kami akan dapat anak kandung pada tahun 2014”. “saya akan hamil pada 2014” atau apa sahaja ayat pendek yang TIAP-TIAP HARI mata kita boleh melihat, mulut kita boleh menyebut, telinga kita boleh mendengar, masuk dalam otak kita, sampai pada hati kita dan semua kenyataan-kenyataan itu akan diproses dalam sistem badan kita
.
22) Konsisten makan makananan sunnah, madu, kurma, susu, kismis, buah tin,minyak zaitun, dan tiap kali makan, niatkan “kami(suami isteri) makan ikut apa yang nabi makan, tolonglah ya allah berkati makanan ini dan hasilkanlah darinya pada tubuh kami zuriat yang soleh dan solehah”
.
23) Jumpa doktor dan ikut nasihat doktor sungguh-sungguh bukan separuh jalan atau ala kadar
.
24) Jangan kedekut keluarkan duit untuk perbelanjaan rawatan
.
25) Mohon mak ayah dan adik-beradik konsisten buatkan solat hajat untuk kita. Seluruh ahli keluarga kena sepakat & rajin
.
26) Suami isteri buat solat taubat & solat hajat tiap-tiap hari jangan tinggal termasuk membaca yassin
.
27) Suami Isteri baca tiap hari surah Ibrahim ayat 40, surah furqan ayat 74 dan surah al-anbiyak 89 (rujuk tafsirnya sekali)
.
28) Tinggalkan semua kemaksiatan dan siap sedia sentiasa kerana bila-bila masa kita akan jadi ibu & ayah!
.
SELAMAT MENJADI IBU & AYAH BILA TIBA MASANYA~ SENYUM SELALU HIDUP INI INDAH !!!
.
****Orang sekeliling sibuk bertanya, dan telinga kita panas dan hati tersinggung. Untuk semua yang bernama masyarakat, pernah atau tidak kita mendoakan golongan ini untuk Allah kurniakan mereka zuriat atau kita hanya tahu mendesak dengan soalan. Sungguh kita melukakan hati mereka, Allah lebih-lebih lagi akan melukakan hati kita~
.
TAMBAHAN: Pernah seorang makcik ni, ketika anak sulungnya hampir berkahwin beberapa tahun yang lalu, dia mengadu, ‘makcik tak sedia lagi nak timang cucu, makcik tak sedia lagi nak jadi tok, makcik muda lagi”- selepas anak sulungnya kahwin bertahun-tahun, tidak dapat anak walaupun adik-adiknya kahwin dan semua dikurniakan ank…ibu-ibu dan ayah2 tolong check perkataan jgn smpai jadi satu doa tanpa sedar & anak-anak tolong jumpa mak ayah risik-risik bertanya kalau-kalau pernah menyebut perkataan seumpama ini.

Jika mungkin mak ayah kita dah terlupa atau menafikan, maka minta sahaja mereka sebut, ” ya Allah aku redha ankku ini diberikan zuriat dan aku mahu menjadi nenek/tok/opah kepada anak yg dikandungnya nanti…tolong ya Allah…”

Sunday, January 24, 2016

AYAT UNTUK KUATKAN RAHIM

Ayat amalam untuk kuatkan rahim.
Al-Mu'minun 11-14, sambung ayat Lau anzhalna.
Alah masa mengandung,
Am-Namlu 78. Siapa yang baca ayat ni tika mengandumg / nak bersalin, in shaa Allah, anak yang dilahirkan Xkan cacat. ☺

Sunday, January 17, 2016

ISTERI TULANG RUSUK SUAMI

10 Sifat Wanita Yang Mendatangkan Rezeki Bagi Suami.

Banyak suami yang mungkin tidak tahu bahawa rezekinya dengan izin Allah mengalir lancar atas peranan isteri. Memang tidak dapat dilihat dengan kasar mata, namun biasa djjelaskan secara spiritual bahawa 10 sifat isteri ini MEMBANTU mendatangkan rezeki bagi suaminya.

1. Isteri yang pandai Bersyukur.
2. Isteri yang Tawakal kepada Allah.
3. Isteri yang Baik Agamanya.
4. Isteri yang banyak Beristighfar
5. Isteri yang gemar Silaturahim.
6. Isteri yang suka Bersedekah.
7. Isteri yang Bertaqwa.
8. Isteri yang selalu Mendoakan Suaminya.
9. Isteri yang gemar Solat Dhuha.
10. Isteri yang Taat dan Melayani suaminya.

Apa hubungannya dengan Rezeki? Ketika seorang isteri Taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, ia biasa berfikir lebih jernih dan kreatifnya muncul. Semangat kerjanya pun menggebu. Ibadah juga lebih tenang. InsyaAllah rezekinya pun lebih lancar....walahuallam.

Friday, January 8, 2016

BEGIN NEW CYCLE 2016

Kawen 24/5/2013 bersamaan 14rejab 1434
CD27 25/12/2015
CD26 19/1/2016
CD26 13/2/2016
CD30 13/3/2016
CD28 9/4/2016
CD25 3/5/2016
CD30 1/6/2016
Delay 4hari,3/7/2016=28ramadhan 1437
Alhamdulillah dh smpi mase kami memiliki zuriat sulung kami...semige dipermudahkan...amin... =')

Suplement 2016

Start guna qaseh gold 30/12/2015
Start guna tg 8/1/2016
Qaseh set ke2 16/1/2016

Friday, January 1, 2016

2016 menjengah

Seekor monyet sedang bergayutan di atas pohon kelapa...

Dia tidak menyedari ia sedang diintai oleh tiga angin besar...

Angin Ribut...
Angin Taufan...
Angin Tornado...

Tiga angin itu rupanya sedang bertaruh siapa yg paling cepat menjatuhkan si monyet dari pohon kelapa...

Angin Ribut berkata, "Aku cuma perlu waktu 45 saat..."

Angin Taufan tidak mahu kalah, "Kalau aku cukup dgn 30 saat..."

Angin Tornado, dengan nada mengejek berkata, "Kalau aku...15 saat, pasti jatuh si monyet tu..."

Lalu dimulailah pertaruhan di antara mereka bertiga...

Angin Ribut yang pertama, dia tiup angin sekencang-kencangnya...

Wuuss...

Merasa ada angin yg bertiup kencang, si monyet lalu berpegangan pada batang pohon kelapa dengan sekuatnya...

Setelah berusaha meniupkan anginnya dgn keras, ternyata si monyet tetap tidak bergerak...
dan Angin Ribut pun menyerah...

Giliran Angin Taufan...
Wuuusss… Wuuusss…

Ia juga meniupkan anginnya lebih keras...dengan sekencang-kencangnya...

Namun si monyet tetap tidak terjatuh juga...

Terakhir, Angin Tornado. Lebih keras dan kencang...

Wuuuss…wuuuss...wuuss...

Si monyet malah makin kuat berpegangannya...

Dan tetap saja tidak jatuh...
Ketiga2 angin itu akhirnya mengakui, bahawa si monyet memang hebat...

Kuat & daya tahannya luar biasa...

Tidak berapa lama,
tiba2 datang pula Angin Sepoi-sepoi...

Dia mengungkapkan keinginannya untuk turut sama bertaruh...

Ternyata niat angin sepoi-sepoi hanya dijadikan bahan ejekan dari ketiga2 angin lainnya...

"Angin yg besar seperti kami pun tidak boleh, apalagi yang kecil..."

Tanpa banyak bicara, angin SEPOI-SEPOI terus meniup ubun-ubun si monyet.

Wuuuuuiiiisss…
Enaaaaaak...
Sedaaaaap…
Segaaaaar...

Mata si monyet...makin kuyu...
Tidak lama si monyet mula tertidur...dan tanpa disedari terlepaslah pegangannya...
Kemudian, jatuhlah si monyet dari pohon kelapa...

Sahabat...
Boleh jadi...ketika kita,
Diuji dengan KESUSAHAN…
Dicuba dengan PENDERITAAN…
Didera MALAPETAKA...
Kita kuat bahkan kuat dari sebelumnya...

Tapi ketika kita diuji dengan...

KENIKMATAN...
KESENANGAN...
KELIMPAHAN...
PUJIAN...

Saat itulah kita "terjatuh"...
janganlah sampai kita terlena...

Tetap rendah hati dan awas diri...
#Sekadar_ renungan _bersama...�� selamat datang tahun baru 2016....☺