Monday, September 29, 2014

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

HAJI Akbar ditunggu umat Islam

29 September 2014 by denaihati 10 Comments

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beruntunglah jemaah haji yang terpilih ALLAH untuk tahun 2014 apabila Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan wukuf jatuh pada hari Jumaat yang diyakini bakal menjadi Haji Akbar. Haji Akbar ini adalah haji yang ditunggu umat Islam seluruh dunia. Para ulama’ menyatakan bahawa wuquf di Arafah yang jatuh pada hari Jumaat membawa kebaikan. Antara kebaikannya adalah seperti berikut:

Haji yang dilakukan adalah seumpama haji yang telah dikerjakan oleh Rasulullah SAW kerana ketika Nabi menunaikan haji wada’ , wuquf di Arafah jatuh pada hari Jumaat.Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari dan ia merupakan saat dan waktu yang doa seseorang mudah diperkenankan.Hari Arafah merupakan hari ‘raya’, dan begitu juga hari Jumaat dianggap sebagai hari ‘raya’. Jadi apabila Arafah berlaku pada hari Jumaat, maka sudah tentu kebaikannya amat banyak.

“Dan inilah satu makluman dari Allah SWT dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah SWT melepaskan diri dari perjanjian dengan orangMusyrikin” – Surah at-Taubah ayat 3

Ibn al-Qayyim telah menyenaraikan beberapa kebaikan yang terdapat pada hari wuquf yang jatuh pada hari Jumaat. Antaranya ialah:

Bertemunya dua hari (Arafah dan Jumaat) yang merupakan sebaik-baik hari.Hari yang mudah diperkenankan doa oleh Allah.Bersamaan dengan hari wuquf Rasulullah saw ketika mengerjakan haji wada’.Pertemuan besar manusia di Arafah pada hari wuquf, ditambah pula pertemuan pada hari Jumaat untuk khutbah dan solat Jumaat.Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ‘raya’.Ketaatan dan amalan soleh yang dibuat pada hari Jumaat mempunyai nilaian dan kelebihannya yang tersendiri.Bersamaan dengan Hari Perhimpunan Agung di akhirat kelak. Rasulullah saw juga telah menyatakan bahawa kiamat akan berlaku pada hari Jumaat.

Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakanHaji Akbar itu adalah Hari Arafah. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.ayang menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.

Berdasarkan tulis Ustaz Noehas dalam entrinya “Haji Akbar Haji Mabrur” , Para Ulamak mempunyai banyak pendapat tentang maksud dari haji akbar. Semua pendapat tersebut berasaskan hujah masing-masing dan termasuk dalam kategori khilaf muktabar yang boleh diterima. Bersyukur kepada yang mendapat peluang mengerjakan Haji Akbar dan paling bersyukur apabila ALLAH pilih untuk kembara rohanimembersihkan jiwa menyempurnakan rukun Islam yang ke lima. Bukan semua yang mempunyai keinginan tinggi untukberkusut masai mengerjakan ibadah haji dipilih oleh ALLAH kerana itu kepada yang terpilih tiada nilai yang boleh dinilai dengan wang ringgit yang dibayar.

Semuga semua jemaah haji yang dipilih ALLAH mendapat haji Mabrur dan mendapat keampunan daripada Maha Esa. Kepada yang tidak terpilih berazamlah kita untuk menyempurnakan ibadah korban biar pun hanya satu bahagian lembu sahaja. Semuga pengorbanan kita yang sedikit itu bakal dilihat terlalu besar di sisi ALLAH.

RINDU

Assalamualaikum syg....

Hari ni ummie touching sgt...rase rindu sgt dgn mak abh ummie....ape kabar la mereka di mekah skrg ni....smoge semuenye di bwh lindungan Allah s.w.t. 

Xsabar nk mnyambut hr raya aidiladha...walaupun mak abh ummie berada nun jauh di sana....mak abh ummie berangkat ke tnh suci Mekah pd 14/9/2014 hr tu...dan insyaAllah akn kembali ke sini pd 26/10/2014 dr Madinah....

Xsabar nk sambut kepulangan mak abh ummie nnt...rindu sgt3.

Friday, September 19, 2014

Aku Terima Nikah

Assalamualaikum....

24/5/2013, selepas isyak, mulalah detik ikatan kasih sayang kami secara sah....

Mulalah ummie n abi jalani hidup bahagia suka duka pahit manis sebagai suami isteri...

Mulalah tanggungjawab kami untuk memimpin keluarga kita menuju ke jannah...

Sygku.....kini dah setahun 4bulan kami menunggu kehadiran kamu yang akan buatkan keluarga kita lebih bermakna....

Ummie n abi tak pernah putus asa...n sentiasa berdoa dan tawakal pada Allah...semoge satu hari nanti kami akan miliki kamu n adik2 kamu....

Dengan lafaz bismillah ummie kini milik abi....

Wednesday, September 17, 2014

Seol Garden

Hari Malaysia jatuh pada 16 September pada tiap2 tahun...hehe tahun ni 16 /9/2014, ummie n abi cuti...abi bwk ummie g jln2 makan ala2 korea @Seol Garden..errmmmyummmyy...

Hehe tp rase nye not too bad n not too good la tp pd ummie la rasenye so so je....tekak ummie lg blh feeling kalau mkn johny's..heee

Tp air die mmg trbaik lah...utk dua org makan ok lah....

Buah zuriat

Assalamualaikum anak2 ummie n abi...



mlm td 17/9/2014,abi cube ikhtiarkn dengan buah zuriat...tu yg mcm dlm gmbr tu la buahnye...kerasnye n agk ssh abi nk dptkn isinye tu ..tp alhamdulillah abi mulekn dgn care yg betul so skjp je dh dpt kupas buah tu...hehe...

mlm ni ummie nk rebus plak..esk mula la episod ummie n abi mnum air ni...hehe ok daaa syg ummie...

Bwh ni plak rupe isi buah zuriat ni...kiutttt comel je kan..mcm buah klape mude...
:-)

Wordless Wednesday